-->

Keputusan UPSR

0 comments

Hari ini keputusan Peperiksaan UPSR dah keluar. 3 orang anak buah yang amek UPSR. Sila rujuk keputusan di bawah : Yang paling cemerlang : Nazirah 5A - TAHNIAH!! Kedua cemerlang : Nathasyah 4B 1B - Syabas Sedikit cemerlang : Siddique 1A 3B 1C - mmm... (sibuk layan HP...) ???????? : anak bang Yen Alhamdulillah, Tahniah kepada semua. Berusaha lagi hingga terus berjaya. Amin.

Udang + Vitamin C = Racun!

0 comments

Hati-hati!!! Udang + Vitamin C = Racun! Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi... Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan. Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal. Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), berhuhung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun, mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah. Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum Vitamin C pada satu masa yang sama. Thank you.

Kebocoran Tayar

1 comments

Pagi tadi, seperti tarikh yg tercatat, tayar sebelah kiri belakang Naza Ria ku telah berlaku satu kebocoran tayar semasa dalam perjalan ke tempat kerja. Kejadian berlaku di sekitar kawasan Bukit Indah, Ampang. Setelah mendengar bunyi yang agak tidak menyenangkan, kebetulan pada waktu kejadian tingkap dibuka. Berhenti seketika untuk memeriksa apakah punca bunyi itu. Setelah diteliti ia berpunca dari objek keras yang dipercayai seketul aluminium terpacak cantik ke tayar kenderaanku. Jenis tayar SIMEX R25 spesifikasi P215/60R16. Wheel size 6.5JJ x 16". Setelah mengambil keputusan perjalan ke tempat kerja diteruskan kerana mengambil kira jarak perjalan yang ditempuhi dan kesesakan yang bakal dihadapi. Naza dihantar ke bengkel tayar di Setiawangsa pada waktu rehat tengahari jam 1:00 ptg tadi. Setelah dicungkil objek keras itu memang panjang dan keras, hampir mengoyakkan tayar. Tayar ditampal seperti kaedah biasa penampaan tayar kereta. Menyucuk selit getah di tempat yang berlubang. Kos perkhidmatan yang dikenakan oleh makenik tayar ialah RM5.00. Bayaran dibuat secara tunai. Setelah tayar diperiksa, keadaan tayar belakang berada dalam keadaan yang wajar untuk ditukar. Kos sebijik tayar dianggarkan RM280.00 sebiji. Pertimbangan telah diambil untuk menangguhkan projek menukar tayar. Kerana selepas ini Naza akan tiba masa untuk diberi perkhidmatan (service), untuk 40,000km. Kos yang dijangka adalah lebih RM700.00. Dalam bulan ini juga akan berlaku majlis korban dan kejadian berpindah rumah. Fuuyooo magic... Setelah kerja penampalan selesai dan bayaran dibuat, tuan punya kereta telah beredar dan pergi ke Medan Selera untuk makan tengahari. Sekian Cerita Seru hari ini.

Hadiah Cemerlang Peperiksaan dan Nasyid

0 comments

Khairi @ Harry Potter telah mendapat hadiah cemerlang dalam subjek Pendidikan Agama Islam dapat 100% dua penggal berturut2. Diana dapat hadiah saguhati dalam acara Nasyid wakil sekolah agama seluruh Seremban, jadik la... Dengar kabo anak bacim, Allysyah lagi hebat dapat hadiah pelajar cemerlang, dapat no. 1, dua penggal berturut2. Untuk anak2 kita teruskan usaha semoga lebih sukses di masa mendatang. Sama2lah kita berdoa. Amin.

Mengimbau kenangan lama

1 comments

Ini la gambar bersama Abah di atas motor Yamaha JF4771. Bunos pun tak ingat masa bila gambar nih diambil. Rasanya macam ada satu lagi gambar macam ni, Abah tengah turunkan motor dari anjung, turun tangga. Motor ni tah lesap ke mana. Kalau tak silap motor ni kasi orang pastu parking kat rumah dia satu malam je, kena kebas. Wa lahir tahun 1972, so, gambar nih dalam
sekitar tahun 1973-74 kot... tengok la Abah, pakai sepatu, wa pakai stokin lagi... tengok rumah masih berkeadaan asal. Belum start projek gali bawah rumah. Pokok bunga meriah kat rumah tu kan, Arwah Mak paling suka tanam bunga, tanam je hidup. Pokok bunga yang paling banyak, bunga orkid, bunga kertas dan lain-lain... Macam taman la kat depan rumah tu... Sekarang kita tinggal dalam taman jugak... Taman perumahan... Bang Man cakap depan rumah ada bukit pun wa tak tau. Tak pernah nampak. Celik mata depan rumah tanah dah rata. Tapi pasal ulat undur2 tu ingat la... wa selalu main... Katak besar tu pon ingat. Nak cangkul tanah kena simbah air dulu pun ingat, itu teknik abah sorang je tau... Canggih tu. Nak kasi lantai rumah atas kukuh abah pasang satu lagi kayu besar kat bawah lantai papan tu.Satu lagi, kamera nih sapa punya ek? Motor Yamaha nih model apa? Ini dapat dari internet. Model YG1 80cc. Betul ker? Ini gambar raya tah tahun bila dengan Yam, Liha dan Ajis. (Baju raya tu ulang pakai untuk beberapa tahun raya). Kipas angin tu Baleh masih ada simpan kot. Klasik tuh. Salah satu barang elektrik yg pertama kat rumah Abah selepas karen masuk. Selain TV itam putih tu, model apa tah.

Felda Sungai Sayong

1 comments

Inilah peta FELDA (Federal Land Development Authority / LKTP - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) Sungai Sayong. Tempat aku dilahirkan. Kakak anak sulong yg lahir kat sini. Signboard tu dipacak kat sebelah stesen minyak Mobil. Di sini ada Sekolah Tadika Kemas, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Agama, Bank Simpanan Nasional, Masjid Jamek, Stesen Minyak Mobil milik Koperasi Felda dan macam-macam lagi. Dipercayai juga, di sini adalah tempat kelahiran Badang! Kalu tak caya dalam lagu sekolah rendah ada tertulis liriknya... juga di sini...:

Legend of Badang

It is a story of Badang, a slave who gained super human strength by eating the sputum of a river spirit. He used this to win his release from his master. Contrary to popular belief, Badang was born in Sayong Pinang, Johor, not Singapore or Temasik as it was known then. Upon hearing his strength, he was summoned by the Seri Rama Wira Kerma of Temasik where he displayed his skills. Challengers were sent by foreign kingdoms to defeat him. Among them were King of Kalinga I from India who sent Nadi Bijaya Pikrama, a fierce wrestler and the noblemen of Perlak who sent Benderang. Badang emerged victorious from both fights and eventually stayed in Temasik until his death.

Lagi pasal Sungai Sayong... tersenarai antara 100 koperasi terbaik no. 66.

Lagi...

lagi... makam 7... lagi-lagi makam...

Perigi Keling

Begitulah serba sedikit pasal Sungai Sayong... akan di sambung...

Jumlah artikel dalam Blog

1 comments

Para sidang pembaca blog sekelian... Adalah dimaklumkan di sini, bulan Oktober adalah bulan yg paling banyak berita/artikel, iaitu 18 berita/artikel/cerita. Jadi mulai sekarang rajin-rajin lah kita menulis di dalam blog yg tak seberapa indah ini, untuk menambahkan kemeriahan. Lawatilah blog ni sekerap mungkin dan jangan lupa nak vote, cubalah kritik blog nih. Kepada sesiapa yg nak jadi penulis dalam blog ini sila kasi la alamat email kepada Unos. Nanti
boleh la menambah bilangan bahan bacaan. Target bulan nih mesti lebih dari Oktober... Tulis la apa2 cerita... cerita kumbang terbang ker... sambal belacan ker... adik Liha, Baleh, Bacim, dan sesapa jom tulis dalam blog... blogger. . . .
:males:

Sambutan Harijadi di Tadika

0 comments

Semalam Danisah menyambut hari lahir ke 6
di Tadika Bijak Syurah. Sebenarnya hari lahir dia pada 23 November, memandangkan pada tarikh tersebut adalah hari cuti sekolah, maka sambutan diadakan lebih awal, untuk dia merasakan kemeriahan dengan kawan-kawan. Kebetulan semalam pun ada yang sambut sekali dgn dia.
Darlina dan ibu pun ada sama. Meramaikan majlis.
Mengagih-agihkan cenderahati dan duit raya kepada kawan-kawan.
Kecerian terserlah di wajah Danisah...
Khai dan Aiman, cucu jiran sebelah... Tammat . .

Bermandi-mandian di sinki...

0 comments

Inilah Aida Nassofea binti Kasim sedang bermandi-mandian di sinki...
"Sejuk la ibu...."

Ini adalah satu post cubaan

0 comments

Title di atas adalah dirujuk. (Macam tulis surat kat pejabat kerajaan pulak). Sebagaimana yg Bman cadangkan guna ScribeFire untuk update blog. Ni nak cuba la... Segala kesulitan membaca adalah tanggungjawab sendiri...

Ziarah Abah, Ajes dan Adik Liha

6 comments

Salam pagi semua... sebab tulis ni waktu dah pagi... pada hari Khamis tempohari bunos dan Bman balik Sayong, disertai my wife, Danisah dan Darlina, Siddik dan Iwan. Bertolak pukul 9:40 pagi. Masa on the way dapat berita abah dah boleh keluar sepital, Alhamdulillah. Dalam perancangan, sepatutnye Solihan yg akan jemput Abah, tapi Mak Tom bawak Abah balik naik teksi. Singgah Machap, Siddik nak makan mee hun sup. Disebabkan Abah dah ada kat rumah, perjalanan diteruskan ke Sungai Sayong. Solihan nak saing kita orang, dia tunggu kat Petronas Kulai. Sampai jam 12:58. Tak lama lepas tu Ajes sampai dan Yam juga sampai, setelah kompom kami sampai. Melihat keadaan Abah, Alhamdulillah semakin sihat, tapi tak segagah waktu muda. Mengusung pahat/galah/aluminium dan sabit dari pagi sampai petang. Menggendong tong tembaga berisi racun rumput, dan membaja berkampit2. Itulah Abah, kita punya Hero... Ingat tak Abah ada kereta sorong dibuat dari kayu, kreatif tak Abah. Pastu lesap tah ke mana. Banyak kreativiti yg ada pada Abah, pandai menukang, belajar masa ikut Home Guard. Apa lagi yg korang tahu pasal Abah boleh lah tulis, kongsi.
Masa kat rumah Abah tengok keadaan Ajes yg eksiden motorsikal. Alhamdulillah cuma luka kat lutut je. Bini jauh. Kursus kat Melaka. Cikgu la kata kan... Cikgu Nani. Anak hantar ke Nursery. pastu melayan anak Yam Najmi. Dah besar. Dah berguling2. Dah pandai mintak adik la tu.... he he he... nie kena tanya dengan bapak dia... Leman Si Tuan Punya Giant. Lebih kurang pukul lima, kami bertolak ke rumah adik pulak. Dikhabarkan adik mendapat barah rahim ('cyst1','cyst2' ). Macam biasa serbu rumah adik mesti dapat makan, makan malam mee goreng... power... Doakan adik tak semakin serius. Pukol 8:45 malam bertolak balik ke Seremban. Total kilometer perjalanan kami 538km sahaja untuk sehari, dan sampai rumah pukul 12:00midnight. Bang Man dan Siddik dan Iwan terus balik ke Bangi tanpa berlengah. Tak singgah pun...
Ini nombor rumah abah... tak kan lupa pulak...
Ini lah Najmi... Hero Leman
Ini keadaan kereta Savvy Ajes setelah melanggar anjing, semasa beraya. bumper depan pecah dan host aircond bengkok sikit.
Ini Siti anak Adik+Solihan, excited melihat kehadiran tetamu kehormat.
Ini Danisah anakku, seorang pelatih takewando yg berkaliber, berhati2 jgn sampai kena belasah hehehehe...

No 472, nombor rumah bertuah...

0 comments

Hari ini penduduk Taman Desa Permai buat majlis Hari Raya. Macam-macam aktiviti diadakan selain makan. Ada acara pakaian beragam untuk kanak2. Diana, Khai dan Darlina ambil bahagian. Darlina mendapat tepukan gemuruh... peserta yg last dan comel bergaya sorang2 tak de yg teman. Khai pun jadi tumpuan sebab sorang je peserta lelaki. Macam Hero. Tapi semua tak menang... dapat duit raya je... Anak Cik Acim tak masuk... pastu ada karaoke. Dan yg paling best, cabutan nombol rumah bertuah! Tak disangka2 no 472 disebut untuk cabutan yg terakhir dan hadiah yg terbesar... jgn marah no rumah 479... dah bertahun2 duduk situ tapi tak pernah dapat ek... nak buat camne rezeki untuk org yg nak pindah. Hadiah hamper besar.... TQ...
Selamat Hari Raya...

Salasilah keluarga

0 comments

Salam sejahtera semua ahli keluarga. Ada satu website yang mmbolehkan kita merekodkan salasilah keluarga kita. Websitenye http://www.geni.com/. Jadi beri kerjasama untuk menaik turun (upload) data keluarga dan gambar. Letak je sapa2 dlm keluarga, keluarga sebelah wife ker, sebelah husban ker, jangan jiran sebelah dah la... kat situ gak ada birthday date. Kita akan dapat reminder kalu hari tu ada sesapa punya birthday. OK. Enjoy.

Khairi cabut gigi dan membeli Robot di Mc Donald

0 comments

Pada hari Sabtu lepas Bunos dan famili menghantar Khairi ke klinik gigi di Senawang, untuk mencabut gigi abang Khairi yg dah berlapis tumbuh di belakang gigi susu. Gigi yg dimaksudkan dua gigi bawah dihadapan (gambar akan disertakan kemudian). Doktor gigi cakap abang hero, tak nangis. Selepas itu kami singgah makan di Mc Doland. Seperti biasa kena beli Happy Meal untuk 3 anak2ku. 3 robot yg sama. 3 burger dan air yg sama. Kakak makan burger ikan. Abang ada tambahan bubur nasi.
Lepas makan kami bertolak beraya ke rumah Baleh, (baleh minggu ni tak balik), pastu ajak Kak Liza ke rumah Bman. Balik semula ke rumah Baleh, makan malam. Pastu balik.
Darlina, Bman & AYZA MANIESHA
Hari Ahad Bunos pegi tengok MotoGP kat Sepang. Tak bawak kamera DSLR, nak memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlumbaan. Memang best!!! Ajes tak join, ada race beskal downhill, kat Bukit Jalil.
Dorang lagi syok pegi mandi laut kat Port Dickson, lepak rumah yg Bang Brahim beli... mana gambar? kasi kongsi la...

Abah dan Ajes di hospital

0 comments

Abah dan ajes masuk hospital Kulai pada hari Isnin. Abah, seperti biasa akibat serangan jantung. Tapi menurut Baleh tak seteruk seperti yg sebelum ni. Alhamdulillah Abah bertambah stabil. Semalam dapat MMS dari Ajes, dia mendapat kemalangan secara percuma di pesimpangan jalan di kampung Kopok, bersebelahan Taman Cahaya Masai, berhadapan Politeknik Johor Bahru, setengah batu dari felda Cahaya Baharu, sekitar kawasan Pasir Gudang. dimasukkan ke hospital Swasta Penawar, Pasir Gudang. Berkeadaa memuaskan, menurutnya hanya bengkak dilutut. Setelah di x-ray, tiada keretakan atau patah. Kemalangan diakibatkan kecuaian penunggang motosikal yg dilanggar, keluar dari persimpangan secara melulu. Keadaan mangsa satu lagi tidak dapat dipastikan. Berita penuh akan dapat ditulis setelah Ajes dapat dihubungi. Abah insyaallah akan keluar dari hospital hari ini. Doakan Abah dan Ajes sihat seperti sedia kala.
Gambar hiasan ini adalah gambar sebenar, atas, Ajes di Hospital Penawar dan bawah, motosikal yg ditunggangnya. MZ 125SM (http://www.mz-motorrad.com.my/model_125sm_showcase_colors.htm)

Al- Fatihah untuk Arwah Emak

0 comments

At this date (26 Sept. 2008), at this moment we have lost a true loving person (Arwah emak, Asmah bt Saim) in our life forever....but indefinitely, she will not dissapear from our heart and memories anyhow anyway..with her patient, sacrifies and deep caring has made us gone through our real life happiness... EMAK, I Love You !! I Really Missed You !! AL-FATIHAH... (from B.acim)

SidiQ dan BMang dah keluar sepital...

0 comments

Alhamdulillah, SidiQ dan BMang dah keluar dari sepital putrjaya. Sama-sama kita doakan mereka sekeluarga sihat sepenuhnya. Amin...

Pengumuman: Kenduri !!

0 comments

Assalammualaikum w.b.t. kepada semua: Setakat nih ada dua kenduri yg akan diadakan sebelum kita menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Pertamanya, kenduri kat rumah Abah di Sungai Sayong, Kulaijaya. Sebut sekali lagi Kulaijaya... pada 23hb Ogos 2008. Sabtu malam Ahad, dan Yassin Perempuan pada 9hb Ogos 2008. Jadi sama2 lah kita berkumpul kat rumah Abah. Keduanya; Sebelum kita balik ke Kulaijaya, Bang Man juga akan mengadakan kenduri seperti e-mail yang dikirimkan. Sila rujuk lampiran e-mail di bawah: Asalamualaikum w.b.t Dengan sukacita kami sekeluarga menjemput semua adik2 ke rumah kami pada
2hb Ogos, 2008, Sabtu (malam Ahad)
bagi menjayakan majlis seperti berikut: 1. Yasin dan Tahlil untuk arwah-arwah berikut: - bonda Asmah - ayahnda dan bonda mentua - kekanda Yahaya dan Jailani - Nenda2 2. Doa Selamat untuk Dato' Ibrahim yang kan bertugas di luar negara 3. Doa dan Farewell untuk Encik Azenan yang akan mula bertugas jauh di selatan tanahair.... 4. Kesejahteraan semua ...... Aturcara majlis : pagi : Bini unos, bini bang acim dan bini bang aleh kena tolong masak....... Kenduri lepas maghrib..... Harap semua dapat hadir ......termasuklah..... yam leha ajis nyamat bang yen - se isi keluarga wasalam bang man kak idah capik ila cdq topik balquish asom

Anak Sekolahan

0 comments








Bang Man dan As Siddique masuk Hospital Putrajaya

0 comments


WELCOME TO HOSPITAL PUTRAJAYA

As Siddique telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada Isnin dan Abahnya pulak pada semalam, dikhuatiri denggi. Anak beranak tinggal dalam satu bilik rawatan kelas pertama. Semalam petang Bang acim & Famili, juga unos & famili pergi ziarah. Waktu lawatan sampai pukul 8 malam. Tak bley lebih. Dato' Ibrahim pun ada di situ, kebetulan cuti. Kak Eda menguruskan anak-anak kat rumah.
Semoga mereka cepat sembuh. Amin