-->

Kempen Derma Darah

3 comments

blood donation

Sakit tu kena cucuk, 2 liter setengah den derma!!

Pagi tadi kompeni tempat wa kerja ada menganjurkan kempen menderma darah. Wa pun ambil kesempatan menderma. Ini kali ke 3 menderma, sebelum ni 4 tahun sudah... hahaha lama dah tu... Ramai gak yg menderma hari ni. Pakar dari Pusat Darah Negara yg datang. Wa darah jenis A. Sesapa lagi yg darah A dalam famili kita? Kongsi info ni best gak. Berguna bila ada kecemasan. Cepat je dapat tau sapa yg ada darah yg sama. Tadi tanya dorang pasal darah. Darah yg diambil ni akan dibawa ke makmal untuk pemeriksaan lanjut sebelum diberi kepada yg memerlukan. Jangka hayat darah ni selama 40 hari sahaja. Tapi kat Malaysia ni darah tak cukup! Tak sampai 40 hari dah habis kat stor tu... Setiap orang boleh menderma seberapa banyak yg boleh sepanjang hayat selagi sihat dan mengikut procuder. Selepas setiap 3 bulan, bukan setiap minggu atau setiap bulan eh... kang habis darah kat dalam badan tuh... Tadi masa pemeriksaan hampir gagal menderma sebab tekanan darah tinggi! Tapi selepas berehat seketika dah kembali normal, mungkin xcited kot? Doktor tu cakap (lawa gak doktor tu), perkara biasa yg berlaku kalau dia buat pemeriksaan di pejabat-pejabat. Mungkin stress tempat kerja kot... huhuhu... tadi tekanan 139/90. Tekanan darah : Sekian info darah. Jagalah kesihatan.

Beauty of Math!

0 comments

Beauty of Math! x 1 x 8 + 1 = 9 12 x 8 + 2 = 98 123 x 8 + 3 = 987 1234 x 8 + 4 = 9876 12345 x 8 + 5 = 98765 123456 x 8 + 6 = 987654 1234567 x 8 + 7 = 9876543 12345678 x 8 + 8 = 98765432 123456789 x 8 + 9 = 987654321
more... []
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Keputusan UPSR

0 comments

Hari ini keputusan Peperiksaan UPSR dah keluar. 3 orang anak buah yang amek UPSR. Sila rujuk keputusan di bawah : Yang paling cemerlang : Nazirah 5A - TAHNIAH!! Kedua cemerlang : Nathasyah 4B 1B - Syabas Sedikit cemerlang : Siddique 1A 3B 1C - mmm... (sibuk layan HP...) ???????? : anak bang Yen Alhamdulillah, Tahniah kepada semua. Berusaha lagi hingga terus berjaya. Amin.

Udang + Vitamin C = Racun!

0 comments

Hati-hati!!! Udang + Vitamin C = Racun! Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi... Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan. Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal. Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), berhuhung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun, mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah. Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum Vitamin C pada satu masa yang sama. Thank you.

Kebocoran Tayar

1 comments

Pagi tadi, seperti tarikh yg tercatat, tayar sebelah kiri belakang Naza Ria ku telah berlaku satu kebocoran tayar semasa dalam perjalan ke tempat kerja. Kejadian berlaku di sekitar kawasan Bukit Indah, Ampang. Setelah mendengar bunyi yang agak tidak menyenangkan, kebetulan pada waktu kejadian tingkap dibuka. Berhenti seketika untuk memeriksa apakah punca bunyi itu. Setelah diteliti ia berpunca dari objek keras yang dipercayai seketul aluminium terpacak cantik ke tayar kenderaanku. Jenis tayar SIMEX R25 spesifikasi P215/60R16. Wheel size 6.5JJ x 16". Setelah mengambil keputusan perjalan ke tempat kerja diteruskan kerana mengambil kira jarak perjalan yang ditempuhi dan kesesakan yang bakal dihadapi. Naza dihantar ke bengkel tayar di Setiawangsa pada waktu rehat tengahari jam 1:00 ptg tadi. Setelah dicungkil objek keras itu memang panjang dan keras, hampir mengoyakkan tayar. Tayar ditampal seperti kaedah biasa penampaan tayar kereta. Menyucuk selit getah di tempat yang berlubang. Kos perkhidmatan yang dikenakan oleh makenik tayar ialah RM5.00. Bayaran dibuat secara tunai. Setelah tayar diperiksa, keadaan tayar belakang berada dalam keadaan yang wajar untuk ditukar. Kos sebijik tayar dianggarkan RM280.00 sebiji. Pertimbangan telah diambil untuk menangguhkan projek menukar tayar. Kerana selepas ini Naza akan tiba masa untuk diberi perkhidmatan (service), untuk 40,000km. Kos yang dijangka adalah lebih RM700.00. Dalam bulan ini juga akan berlaku majlis korban dan kejadian berpindah rumah. Fuuyooo magic... Setelah kerja penampalan selesai dan bayaran dibuat, tuan punya kereta telah beredar dan pergi ke Medan Selera untuk makan tengahari. Sekian Cerita Seru hari ini.

Hadiah Cemerlang Peperiksaan dan Nasyid

0 comments

Khairi @ Harry Potter telah mendapat hadiah cemerlang dalam subjek Pendidikan Agama Islam dapat 100% dua penggal berturut2. Diana dapat hadiah saguhati dalam acara Nasyid wakil sekolah agama seluruh Seremban, jadik la... Dengar kabo anak bacim, Allysyah lagi hebat dapat hadiah pelajar cemerlang, dapat no. 1, dua penggal berturut2. Untuk anak2 kita teruskan usaha semoga lebih sukses di masa mendatang. Sama2lah kita berdoa. Amin.

Mengimbau kenangan lama

1 comments

Ini la gambar bersama Abah di atas motor Yamaha JF4771. Bunos pun tak ingat masa bila gambar nih diambil. Rasanya macam ada satu lagi gambar macam ni, Abah tengah turunkan motor dari anjung, turun tangga. Motor ni tah lesap ke mana. Kalau tak silap motor ni kasi orang pastu parking kat rumah dia satu malam je, kena kebas. Wa lahir tahun 1972, so, gambar nih dalam
sekitar tahun 1973-74 kot... tengok la Abah, pakai sepatu, wa pakai stokin lagi... tengok rumah masih berkeadaan asal. Belum start projek gali bawah rumah. Pokok bunga meriah kat rumah tu kan, Arwah Mak paling suka tanam bunga, tanam je hidup. Pokok bunga yang paling banyak, bunga orkid, bunga kertas dan lain-lain... Macam taman la kat depan rumah tu... Sekarang kita tinggal dalam taman jugak... Taman perumahan... Bang Man cakap depan rumah ada bukit pun wa tak tau. Tak pernah nampak. Celik mata depan rumah tanah dah rata. Tapi pasal ulat undur2 tu ingat la... wa selalu main... Katak besar tu pon ingat. Nak cangkul tanah kena simbah air dulu pun ingat, itu teknik abah sorang je tau... Canggih tu. Nak kasi lantai rumah atas kukuh abah pasang satu lagi kayu besar kat bawah lantai papan tu.Satu lagi, kamera nih sapa punya ek? Motor Yamaha nih model apa? Ini dapat dari internet. Model YG1 80cc. Betul ker? Ini gambar raya tah tahun bila dengan Yam, Liha dan Ajis. (Baju raya tu ulang pakai untuk beberapa tahun raya). Kipas angin tu Baleh masih ada simpan kot. Klasik tuh. Salah satu barang elektrik yg pertama kat rumah Abah selepas karen masuk. Selain TV itam putih tu, model apa tah.