-->

Kebocoran Tayar


Pagi tadi, seperti tarikh yg tercatat, tayar sebelah kiri belakang Naza Ria ku telah berlaku satu kebocoran tayar semasa dalam perjalan ke tempat kerja. Kejadian berlaku di sekitar kawasan Bukit Indah, Ampang. Setelah mendengar bunyi yang agak tidak menyenangkan, kebetulan pada waktu kejadian tingkap dibuka. Berhenti seketika untuk memeriksa apakah punca bunyi itu. Setelah diteliti ia berpunca dari objek keras yang dipercayai seketul aluminium terpacak cantik ke tayar kenderaanku. Jenis tayar SIMEX R25 spesifikasi P215/60R16. Wheel size 6.5JJ x 16". Setelah mengambil keputusan perjalan ke tempat kerja diteruskan kerana mengambil kira jarak perjalan yang ditempuhi dan kesesakan yang bakal dihadapi. Naza dihantar ke bengkel tayar di Setiawangsa pada waktu rehat tengahari jam 1:00 ptg tadi. Setelah dicungkil objek keras itu memang panjang dan keras, hampir mengoyakkan tayar. Tayar ditampal seperti kaedah biasa penampaan tayar kereta. Menyucuk selit getah di tempat yang berlubang. Kos perkhidmatan yang dikenakan oleh makenik tayar ialah RM5.00. Bayaran dibuat secara tunai. Setelah tayar diperiksa, keadaan tayar belakang berada dalam keadaan yang wajar untuk ditukar. Kos sebijik tayar dianggarkan RM280.00 sebiji. Pertimbangan telah diambil untuk menangguhkan projek menukar tayar. Kerana selepas ini Naza akan tiba masa untuk diberi perkhidmatan (service), untuk 40,000km. Kos yang dijangka adalah lebih RM700.00. Dalam bulan ini juga akan berlaku majlis korban dan kejadian berpindah rumah. Fuuyooo magic... Setelah kerja penampalan selesai dan bayaran dibuat, tuan punya kereta telah beredar dan pergi ke Medan Selera untuk makan tengahari. Sekian Cerita Seru hari ini.

1 comment:

  1. Ini bacim tulis seperti di email...
    Len kali tulis la kat sini...hehehe :

    hahaha padan muka tayar bocor !!!

    aku pun kena jugerk hari nie !!! kete kancil telah terpecah cermin tingkap sebelah belakang pemandu dek hentaman batu kerikil bangla yang mesin rumput di tepi jalan dekat ampangan...

    kes berlaku sekitar jam 9 pagi ketika mak datin eda yg kebetulan hari ini cuti disebabkan bibiknyer dan baby nyer demam panas !! (mlm td tidur dgr bunyi baby menyanyi!!) di ketika mak eda tgh hndk mencarik parking tiba tiba tum bunyi batu menghinggap cermin..waduh terkezut pak..program nk menyhopping kat pasar tani kensel..x jd beli lauk..

    dipendekkan cerita, pak haji tokey bangla tu buat settlement tong tong (50-50) : $80 / 2 = $40..maka aku menunggu dari jam 10.45 - 2.00 ptg nk repair cermin tu...

    rupa2nya byk kete kena hentam batu dek bangla nie..pastu tu pak aji ni kira 50-50 dgn tuan punya kete..itu kata mekanik tadi...

    so, mukadimmahnya..naza & kancil kemalangan hari ini..hehe
    .
    .
    .

    ReplyDelete

please provide your nick while commenting!
Tolong namakan diri anda semasa mengomen !!
TQ