-->

Abah dan Ajes di hospital


Abah dan ajes masuk hospital Kulai pada hari Isnin. Abah, seperti biasa akibat serangan jantung. Tapi menurut Baleh tak seteruk seperti yg sebelum ni. Alhamdulillah Abah bertambah stabil. Semalam dapat MMS dari Ajes, dia mendapat kemalangan secara percuma di pesimpangan jalan di kampung Kopok, bersebelahan Taman Cahaya Masai, berhadapan Politeknik Johor Bahru, setengah batu dari felda Cahaya Baharu, sekitar kawasan Pasir Gudang. dimasukkan ke hospital Swasta Penawar, Pasir Gudang. Berkeadaa memuaskan, menurutnya hanya bengkak dilutut. Setelah di x-ray, tiada keretakan atau patah. Kemalangan diakibatkan kecuaian penunggang motosikal yg dilanggar, keluar dari persimpangan secara melulu. Keadaan mangsa satu lagi tidak dapat dipastikan. Berita penuh akan dapat ditulis setelah Ajes dapat dihubungi. Abah insyaallah akan keluar dari hospital hari ini. Doakan Abah dan Ajes sihat seperti sedia kala.
Gambar hiasan ini adalah gambar sebenar, atas, Ajes di Hospital Penawar dan bawah, motosikal yg ditunggangnya. MZ 125SM (http://www.mz-motorrad.com.my/model_125sm_showcase_colors.htm)

No comments:

Post a Comment

please provide your nick while commenting!
Tolong namakan diri anda semasa mengomen !!
TQ