-->

Ini adalah satu post cubaan

0 comments

Title di atas adalah dirujuk. (Macam tulis surat kat pejabat kerajaan pulak). Sebagaimana yg Bman cadangkan guna ScribeFire untuk update blog. Ni nak cuba la... Segala kesulitan membaca adalah tanggungjawab sendiri...

Ziarah Abah, Ajes dan Adik Liha

6 comments

Salam pagi semua... sebab tulis ni waktu dah pagi... pada hari Khamis tempohari bunos dan Bman balik Sayong, disertai my wife, Danisah dan Darlina, Siddik dan Iwan. Bertolak pukul 9:40 pagi. Masa on the way dapat berita abah dah boleh keluar sepital, Alhamdulillah. Dalam perancangan, sepatutnye Solihan yg akan jemput Abah, tapi Mak Tom bawak Abah balik naik teksi. Singgah Machap, Siddik nak makan mee hun sup. Disebabkan Abah dah ada kat rumah, perjalanan diteruskan ke Sungai Sayong. Solihan nak saing kita orang, dia tunggu kat Petronas Kulai. Sampai jam 12:58. Tak lama lepas tu Ajes sampai dan Yam juga sampai, setelah kompom kami sampai. Melihat keadaan Abah, Alhamdulillah semakin sihat, tapi tak segagah waktu muda. Mengusung pahat/galah/aluminium dan sabit dari pagi sampai petang. Menggendong tong tembaga berisi racun rumput, dan membaja berkampit2. Itulah Abah, kita punya Hero... Ingat tak Abah ada kereta sorong dibuat dari kayu, kreatif tak Abah. Pastu lesap tah ke mana. Banyak kreativiti yg ada pada Abah, pandai menukang, belajar masa ikut Home Guard. Apa lagi yg korang tahu pasal Abah boleh lah tulis, kongsi.
Masa kat rumah Abah tengok keadaan Ajes yg eksiden motorsikal. Alhamdulillah cuma luka kat lutut je. Bini jauh. Kursus kat Melaka. Cikgu la kata kan... Cikgu Nani. Anak hantar ke Nursery. pastu melayan anak Yam Najmi. Dah besar. Dah berguling2. Dah pandai mintak adik la tu.... he he he... nie kena tanya dengan bapak dia... Leman Si Tuan Punya Giant. Lebih kurang pukul lima, kami bertolak ke rumah adik pulak. Dikhabarkan adik mendapat barah rahim ('cyst1','cyst2' ). Macam biasa serbu rumah adik mesti dapat makan, makan malam mee goreng... power... Doakan adik tak semakin serius. Pukol 8:45 malam bertolak balik ke Seremban. Total kilometer perjalanan kami 538km sahaja untuk sehari, dan sampai rumah pukul 12:00midnight. Bang Man dan Siddik dan Iwan terus balik ke Bangi tanpa berlengah. Tak singgah pun...
Ini nombor rumah abah... tak kan lupa pulak...
Ini lah Najmi... Hero Leman
Ini keadaan kereta Savvy Ajes setelah melanggar anjing, semasa beraya. bumper depan pecah dan host aircond bengkok sikit.
Ini Siti anak Adik+Solihan, excited melihat kehadiran tetamu kehormat.
Ini Danisah anakku, seorang pelatih takewando yg berkaliber, berhati2 jgn sampai kena belasah hehehehe...

No 472, nombor rumah bertuah...

0 comments

Hari ini penduduk Taman Desa Permai buat majlis Hari Raya. Macam-macam aktiviti diadakan selain makan. Ada acara pakaian beragam untuk kanak2. Diana, Khai dan Darlina ambil bahagian. Darlina mendapat tepukan gemuruh... peserta yg last dan comel bergaya sorang2 tak de yg teman. Khai pun jadi tumpuan sebab sorang je peserta lelaki. Macam Hero. Tapi semua tak menang... dapat duit raya je... Anak Cik Acim tak masuk... pastu ada karaoke. Dan yg paling best, cabutan nombol rumah bertuah! Tak disangka2 no 472 disebut untuk cabutan yg terakhir dan hadiah yg terbesar... jgn marah no rumah 479... dah bertahun2 duduk situ tapi tak pernah dapat ek... nak buat camne rezeki untuk org yg nak pindah. Hadiah hamper besar.... TQ...
Selamat Hari Raya...

Salasilah keluarga

0 comments

Salam sejahtera semua ahli keluarga. Ada satu website yang mmbolehkan kita merekodkan salasilah keluarga kita. Websitenye http://www.geni.com/. Jadi beri kerjasama untuk menaik turun (upload) data keluarga dan gambar. Letak je sapa2 dlm keluarga, keluarga sebelah wife ker, sebelah husban ker, jangan jiran sebelah dah la... kat situ gak ada birthday date. Kita akan dapat reminder kalu hari tu ada sesapa punya birthday. OK. Enjoy.

Khairi cabut gigi dan membeli Robot di Mc Donald

0 comments

Pada hari Sabtu lepas Bunos dan famili menghantar Khairi ke klinik gigi di Senawang, untuk mencabut gigi abang Khairi yg dah berlapis tumbuh di belakang gigi susu. Gigi yg dimaksudkan dua gigi bawah dihadapan (gambar akan disertakan kemudian). Doktor gigi cakap abang hero, tak nangis. Selepas itu kami singgah makan di Mc Doland. Seperti biasa kena beli Happy Meal untuk 3 anak2ku. 3 robot yg sama. 3 burger dan air yg sama. Kakak makan burger ikan. Abang ada tambahan bubur nasi.
Lepas makan kami bertolak beraya ke rumah Baleh, (baleh minggu ni tak balik), pastu ajak Kak Liza ke rumah Bman. Balik semula ke rumah Baleh, makan malam. Pastu balik.
Darlina, Bman & AYZA MANIESHA
Hari Ahad Bunos pegi tengok MotoGP kat Sepang. Tak bawak kamera DSLR, nak memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlumbaan. Memang best!!! Ajes tak join, ada race beskal downhill, kat Bukit Jalil.
Dorang lagi syok pegi mandi laut kat Port Dickson, lepak rumah yg Bang Brahim beli... mana gambar? kasi kongsi la...

Abah dan Ajes di hospital

0 comments

Abah dan ajes masuk hospital Kulai pada hari Isnin. Abah, seperti biasa akibat serangan jantung. Tapi menurut Baleh tak seteruk seperti yg sebelum ni. Alhamdulillah Abah bertambah stabil. Semalam dapat MMS dari Ajes, dia mendapat kemalangan secara percuma di pesimpangan jalan di kampung Kopok, bersebelahan Taman Cahaya Masai, berhadapan Politeknik Johor Bahru, setengah batu dari felda Cahaya Baharu, sekitar kawasan Pasir Gudang. dimasukkan ke hospital Swasta Penawar, Pasir Gudang. Berkeadaa memuaskan, menurutnya hanya bengkak dilutut. Setelah di x-ray, tiada keretakan atau patah. Kemalangan diakibatkan kecuaian penunggang motosikal yg dilanggar, keluar dari persimpangan secara melulu. Keadaan mangsa satu lagi tidak dapat dipastikan. Berita penuh akan dapat ditulis setelah Ajes dapat dihubungi. Abah insyaallah akan keluar dari hospital hari ini. Doakan Abah dan Ajes sihat seperti sedia kala.
Gambar hiasan ini adalah gambar sebenar, atas, Ajes di Hospital Penawar dan bawah, motosikal yg ditunggangnya. MZ 125SM (http://www.mz-motorrad.com.my/model_125sm_showcase_colors.htm)