-->

Keputusan UPSR

0 comments

Hari ini keputusan Peperiksaan UPSR dah keluar. 3 orang anak buah yang amek UPSR. Sila rujuk keputusan di bawah : Yang paling cemerlang : Nazirah 5A - TAHNIAH!! Kedua cemerlang : Nathasyah 4B 1B - Syabas Sedikit cemerlang : Siddique 1A 3B 1C - mmm... (sibuk layan HP...) ???????? : anak bang Yen Alhamdulillah, Tahniah kepada semua. Berusaha lagi hingga terus berjaya. Amin.

Udang + Vitamin C = Racun!

0 comments

Hati-hati!!! Udang + Vitamin C = Racun! Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi... Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan. Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal. Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), berhuhung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun, mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah. Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum Vitamin C pada satu masa yang sama. Thank you.

Kebocoran Tayar

1 comments

Pagi tadi, seperti tarikh yg tercatat, tayar sebelah kiri belakang Naza Ria ku telah berlaku satu kebocoran tayar semasa dalam perjalan ke tempat kerja. Kejadian berlaku di sekitar kawasan Bukit Indah, Ampang. Setelah mendengar bunyi yang agak tidak menyenangkan, kebetulan pada waktu kejadian tingkap dibuka. Berhenti seketika untuk memeriksa apakah punca bunyi itu. Setelah diteliti ia berpunca dari objek keras yang dipercayai seketul aluminium terpacak cantik ke tayar kenderaanku. Jenis tayar SIMEX R25 spesifikasi P215/60R16. Wheel size 6.5JJ x 16". Setelah mengambil keputusan perjalan ke tempat kerja diteruskan kerana mengambil kira jarak perjalan yang ditempuhi dan kesesakan yang bakal dihadapi. Naza dihantar ke bengkel tayar di Setiawangsa pada waktu rehat tengahari jam 1:00 ptg tadi. Setelah dicungkil objek keras itu memang panjang dan keras, hampir mengoyakkan tayar. Tayar ditampal seperti kaedah biasa penampaan tayar kereta. Menyucuk selit getah di tempat yang berlubang. Kos perkhidmatan yang dikenakan oleh makenik tayar ialah RM5.00. Bayaran dibuat secara tunai. Setelah tayar diperiksa, keadaan tayar belakang berada dalam keadaan yang wajar untuk ditukar. Kos sebijik tayar dianggarkan RM280.00 sebiji. Pertimbangan telah diambil untuk menangguhkan projek menukar tayar. Kerana selepas ini Naza akan tiba masa untuk diberi perkhidmatan (service), untuk 40,000km. Kos yang dijangka adalah lebih RM700.00. Dalam bulan ini juga akan berlaku majlis korban dan kejadian berpindah rumah. Fuuyooo magic... Setelah kerja penampalan selesai dan bayaran dibuat, tuan punya kereta telah beredar dan pergi ke Medan Selera untuk makan tengahari. Sekian Cerita Seru hari ini.

Hadiah Cemerlang Peperiksaan dan Nasyid

0 comments

Khairi @ Harry Potter telah mendapat hadiah cemerlang dalam subjek Pendidikan Agama Islam dapat 100% dua penggal berturut2. Diana dapat hadiah saguhati dalam acara Nasyid wakil sekolah agama seluruh Seremban, jadik la... Dengar kabo anak bacim, Allysyah lagi hebat dapat hadiah pelajar cemerlang, dapat no. 1, dua penggal berturut2. Untuk anak2 kita teruskan usaha semoga lebih sukses di masa mendatang. Sama2lah kita berdoa. Amin.

Mengimbau kenangan lama

1 comments

Ini la gambar bersama Abah di atas motor Yamaha JF4771. Bunos pun tak ingat masa bila gambar nih diambil. Rasanya macam ada satu lagi gambar macam ni, Abah tengah turunkan motor dari anjung, turun tangga. Motor ni tah lesap ke mana. Kalau tak silap motor ni kasi orang pastu parking kat rumah dia satu malam je, kena kebas. Wa lahir tahun 1972, so, gambar nih dalam
sekitar tahun 1973-74 kot... tengok la Abah, pakai sepatu, wa pakai stokin lagi... tengok rumah masih berkeadaan asal. Belum start projek gali bawah rumah. Pokok bunga meriah kat rumah tu kan, Arwah Mak paling suka tanam bunga, tanam je hidup. Pokok bunga yang paling banyak, bunga orkid, bunga kertas dan lain-lain... Macam taman la kat depan rumah tu... Sekarang kita tinggal dalam taman jugak... Taman perumahan... Bang Man cakap depan rumah ada bukit pun wa tak tau. Tak pernah nampak. Celik mata depan rumah tanah dah rata. Tapi pasal ulat undur2 tu ingat la... wa selalu main... Katak besar tu pon ingat. Nak cangkul tanah kena simbah air dulu pun ingat, itu teknik abah sorang je tau... Canggih tu. Nak kasi lantai rumah atas kukuh abah pasang satu lagi kayu besar kat bawah lantai papan tu.Satu lagi, kamera nih sapa punya ek? Motor Yamaha nih model apa? Ini dapat dari internet. Model YG1 80cc. Betul ker? Ini gambar raya tah tahun bila dengan Yam, Liha dan Ajis. (Baju raya tu ulang pakai untuk beberapa tahun raya). Kipas angin tu Baleh masih ada simpan kot. Klasik tuh. Salah satu barang elektrik yg pertama kat rumah Abah selepas karen masuk. Selain TV itam putih tu, model apa tah.

Felda Sungai Sayong

1 comments

Inilah peta FELDA (Federal Land Development Authority / LKTP - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) Sungai Sayong. Tempat aku dilahirkan. Kakak anak sulong yg lahir kat sini. Signboard tu dipacak kat sebelah stesen minyak Mobil. Di sini ada Sekolah Tadika Kemas, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Agama, Bank Simpanan Nasional, Masjid Jamek, Stesen Minyak Mobil milik Koperasi Felda dan macam-macam lagi. Dipercayai juga, di sini adalah tempat kelahiran Badang! Kalu tak caya dalam lagu sekolah rendah ada tertulis liriknya... juga di sini...:

Legend of Badang

It is a story of Badang, a slave who gained super human strength by eating the sputum of a river spirit. He used this to win his release from his master. Contrary to popular belief, Badang was born in Sayong Pinang, Johor, not Singapore or Temasik as it was known then. Upon hearing his strength, he was summoned by the Seri Rama Wira Kerma of Temasik where he displayed his skills. Challengers were sent by foreign kingdoms to defeat him. Among them were King of Kalinga I from India who sent Nadi Bijaya Pikrama, a fierce wrestler and the noblemen of Perlak who sent Benderang. Badang emerged victorious from both fights and eventually stayed in Temasik until his death.

Lagi pasal Sungai Sayong... tersenarai antara 100 koperasi terbaik no. 66.

Lagi...

lagi... makam 7... lagi-lagi makam...

Perigi Keling

Begitulah serba sedikit pasal Sungai Sayong... akan di sambung...

Jumlah artikel dalam Blog

1 comments

Para sidang pembaca blog sekelian... Adalah dimaklumkan di sini, bulan Oktober adalah bulan yg paling banyak berita/artikel, iaitu 18 berita/artikel/cerita. Jadi mulai sekarang rajin-rajin lah kita menulis di dalam blog yg tak seberapa indah ini, untuk menambahkan kemeriahan. Lawatilah blog ni sekerap mungkin dan jangan lupa nak vote, cubalah kritik blog nih. Kepada sesiapa yg nak jadi penulis dalam blog ini sila kasi la alamat email kepada Unos. Nanti
boleh la menambah bilangan bahan bacaan. Target bulan nih mesti lebih dari Oktober... Tulis la apa2 cerita... cerita kumbang terbang ker... sambal belacan ker... adik Liha, Baleh, Bacim, dan sesapa jom tulis dalam blog... blogger. . . .
:males:

Sambutan Harijadi di Tadika

0 comments

Semalam Danisah menyambut hari lahir ke 6
di Tadika Bijak Syurah. Sebenarnya hari lahir dia pada 23 November, memandangkan pada tarikh tersebut adalah hari cuti sekolah, maka sambutan diadakan lebih awal, untuk dia merasakan kemeriahan dengan kawan-kawan. Kebetulan semalam pun ada yang sambut sekali dgn dia.
Darlina dan ibu pun ada sama. Meramaikan majlis.
Mengagih-agihkan cenderahati dan duit raya kepada kawan-kawan.
Kecerian terserlah di wajah Danisah...
Khai dan Aiman, cucu jiran sebelah... Tammat . .

Bermandi-mandian di sinki...

0 comments

Inilah Aida Nassofea binti Kasim sedang bermandi-mandian di sinki...
"Sejuk la ibu...."