-->

Ziarah Abah, Ajes dan Adik Liha


Salam pagi semua... sebab tulis ni waktu dah pagi... pada hari Khamis tempohari bunos dan Bman balik Sayong, disertai my wife, Danisah dan Darlina, Siddik dan Iwan. Bertolak pukul 9:40 pagi. Masa on the way dapat berita abah dah boleh keluar sepital, Alhamdulillah. Dalam perancangan, sepatutnye Solihan yg akan jemput Abah, tapi Mak Tom bawak Abah balik naik teksi. Singgah Machap, Siddik nak makan mee hun sup. Disebabkan Abah dah ada kat rumah, perjalanan diteruskan ke Sungai Sayong. Solihan nak saing kita orang, dia tunggu kat Petronas Kulai. Sampai jam 12:58. Tak lama lepas tu Ajes sampai dan Yam juga sampai, setelah kompom kami sampai. Melihat keadaan Abah, Alhamdulillah semakin sihat, tapi tak segagah waktu muda. Mengusung pahat/galah/aluminium dan sabit dari pagi sampai petang. Menggendong tong tembaga berisi racun rumput, dan membaja berkampit2. Itulah Abah, kita punya Hero... Ingat tak Abah ada kereta sorong dibuat dari kayu, kreatif tak Abah. Pastu lesap tah ke mana. Banyak kreativiti yg ada pada Abah, pandai menukang, belajar masa ikut Home Guard. Apa lagi yg korang tahu pasal Abah boleh lah tulis, kongsi.
Masa kat rumah Abah tengok keadaan Ajes yg eksiden motorsikal. Alhamdulillah cuma luka kat lutut je. Bini jauh. Kursus kat Melaka. Cikgu la kata kan... Cikgu Nani. Anak hantar ke Nursery. pastu melayan anak Yam Najmi. Dah besar. Dah berguling2. Dah pandai mintak adik la tu.... he he he... nie kena tanya dengan bapak dia... Leman Si Tuan Punya Giant. Lebih kurang pukul lima, kami bertolak ke rumah adik pulak. Dikhabarkan adik mendapat barah rahim ('cyst1','cyst2' ). Macam biasa serbu rumah adik mesti dapat makan, makan malam mee goreng... power... Doakan adik tak semakin serius. Pukol 8:45 malam bertolak balik ke Seremban. Total kilometer perjalanan kami 538km sahaja untuk sehari, dan sampai rumah pukul 12:00midnight. Bang Man dan Siddik dan Iwan terus balik ke Bangi tanpa berlengah. Tak singgah pun...
Ini nombor rumah abah... tak kan lupa pulak...
Ini lah Najmi... Hero Leman
Ini keadaan kereta Savvy Ajes setelah melanggar anjing, semasa beraya. bumper depan pecah dan host aircond bengkok sikit.
Ini Siti anak Adik+Solihan, excited melihat kehadiran tetamu kehormat.
Ini Danisah anakku, seorang pelatih takewando yg berkaliber, berhati2 jgn sampai kena belasah hehehehe...

6 comments:

  1. oooo... salah pulak... dah betulkan... sori.

    ReplyDelete
  2. ya ampun....cyst & canser 2 different things ya bro. mine are endometriosis & adenomyosis (cam mayonis je lak hah. smlm dah amek blood test result. agak tinggi 256 which is very very higher than normal. dah menghampiri canser. it means the cyst are very very very active. so tuan doktor monitor dulu before consider remove.

    ReplyDelete
  3. huhuhu... salah eh...? segala kesulitan amat dikesali... 256 tu atas ukuran apa? 256km/j... laju tu... apa2 pon semoga tidak lebih serius... banyakkan berdoa... rajin2 la ajak sedara makan kat rumah ... kih kih kih...
    len kali nak komen kasi la nama ok.

    ReplyDelete
  4. sebelah rumah hj selamat,arwah bilal hj jaafar kan?no rumah A12,Saya cucunya.hehe.adik saya yg bongsu,pernah urut ngan wak selamat.hehe.time kecik2 slalu raya umah wak selamat tau.

    ReplyDelete

please provide your nick while commenting!
Tolong namakan diri anda semasa mengomen !!
TQ