-->

Abah di rumah Bang Man



Hari ni abah sampai rumah Bang Man, jam 4 petang tadi dengan Ajes dan adik Idham. Selepas dari pergi buat check-up kat Hospital Sultanah Aminah. Kondisi abah ok. Macam biasa sedikit lemah. Sekarang update blog kat rumah Bang Man. Tumpang line internet dia... TQ.
Kejap lagi penuh la rumah Bang Man... Bang Acim, unos, Ajes, Bang Aleh and all famili datang... sempena Abah ada kat sini. ... Kat Ida tengah sibuk kat dapur memasak. Nasib baik lauk ada... hu hu hu...
Kita baru je kehilangan seorang ahli keluarga pada 24 Jun 2008, Selasa. Bang Aya (Yahya bin Esa). Menurut doktor, arwah mengidapi penyakit TB yg kritikal. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin. Sempat ziarah di Hospital Sultanah Aminah pada hari Sabtu dan Ahad.
Sejak kebelakangan ini kita dikhabar dengan berbagai berita kesihatan ahli kelaurga kita yg agak kurang sihat. Kak Pah masih lagi tidak 100% sihat, Bang Men juga tak sihat selepas xciden, Bang leh pulak ngadu sakit dada.... itulah gara-gara perokok tegar... huhuhu.... sama-sama lah kita menjaga kesihatan kita. Tak pun belilah insurans... cover besar sikit... senang nanti yg hidup... hehehe... gurau kasar nampak....
Bang Aleh and famili besok balik Kulai, Noramira Elina akan ambil Sijil Darjah Khas sekolah agama Johor. Dapat pangkat 2. Tahniah....
Ajes kejap lagi kol 10 balik Kota Tinggi, sorang.... pastikan tak jumpa Van Mayat.... eeeeeeiiiiii....
Besok Bang Leh bawak abah balik...

.
Ini lah dia Ajes... yg bertanggungjawab bawak abah ke rumah Bang Man... TQ.
Hati-hati memandu....


Ini adik Idham and the gang... Iwan, Mira.... tengah berinternet... tah apa2 tah dorang buat....






No comments:

Post a Comment

please provide your nick while commenting!
Tolong namakan diri anda semasa mengomen !!
TQ