-->

Ziarah Abah kat Hospital Kulai



Ini gambar Abah masa di Hospital Kulai (HOSPITAL TEMENGGONG SERI MAHARAJA TUN IBRAHIM). Yang datang ziarah masa tu Bang Man, Bang Aleh, Bang Acim & gua Unos serta Khai. Sampai hospital jam 6:15 ptg dari Seremban, naik Naza Ria-ku... dari Seremban jam 3:38ptg. Pastu Kakak dan Bang Taib serta Arieff sampai jam 7:00, then Ajez pulak. Alhamdulillah Abah dah beransur pulih dan sudah keluar dari hospital semalam (16.6.2008), semenjak dimasukkan pada hari Khamis 12.6.2008.
Abah nampak gembira dengan kehadiran anak-anak, sambil mengira-ngira bilangan anak yang datang ziarah. Ada gak yg tak sempat datang. Maklumlah memasing sibuk dengan urusan dunia/kerja... hehehe...

Rasanye lepas ni kita kena lebih kerap ziarah Abah kat rumah. Walaupun minyak mahal... kena kira-kira gak nih.... maklumlah jauh... lebih 300km... tapi, Abah mesti gembira kalau kita selalu balik...

Sesama la kita berdoa semoga Abah diberi kekuatan dan kesihatan yg baik. Amin.

Selepas ziarah Abah petang tu kita orang serbu rumah Adik. (nasib baik rumah beso... muat la kalu ramai yg datang... cuma lauk je tak cukup... len kali masak la banyak2 ...hu hu hu...). Lepas makan kat rumah adik singgah semula ke hospital, tengok abah. Pastu terus balik, tapi singgah rumah Nyamat jap. Makan jambu air... sama tengok ikan kat dalam aquarium. bertolak balik ke seremban jam 10:45. Sampai rumah jam 12:30.. sempat ngeteh kat Man Tom Yam...

Bila nak berkumpul reramai lagi?

No comments:

Post a Comment

please provide your nick while commenting!
Tolong namakan diri anda semasa mengomen !!
TQ