Pagi tadi kompeni tempat wa kerja ada menganjurkan kempen menderma darah. Wa pun ambil kesempatan menderma. Ini kali ke 3 menderma, sebelum ni 4 tahun sudah... hahaha lama dah tu... Ramai gak yg menderma hari ni. Pakar dari Pusat Darah Negara yg datang. Wa darah jenis A. Sesapa lagi yg darah A dalam famili kita? Kongsi info ni best gak. Berguna bila ada kecemasan.
Cepat je dapat tau sapa yg ada darah yg sama. Tadi tanya dorang pasal darah. Darah yg diambil ni akan dibawa ke makmal untuk pemeriksaan lanjut sebelum diberi kepada yg memerlukan. Jangka hayat darah ni selama 40 hari sahaja. Tapi kat Malaysia ni darah tak cukup! Tak sampai 40 hari dah habis kat stor tu... Setiap orang boleh menderma seberapa banyak yg boleh sepanjang hayat selagi sihat dan mengikut procuder. Selepas setiap 3 bulan, bukan setiap minggu atau setiap bulan eh... kang habis darah kat dalam badan tuh... Tadi masa pemeriksaan hampir gagal menderma sebab tekanan darah tinggi! Tapi selepas berehat seketika dah kembali normal, mungkin xcited kot? Doktor tu cakap (lawa gak doktor tu), perkara biasa yg berlaku kalau dia buat pemeriksaan di pejabat-pejabat. Mungkin stress tempat kerja kot... huhuhu... tadi tekanan 139/90.
Tekanan darah :
- Tekanan darah optima : 130 / 80 mmHg. Ini nilai ukuran yang ideal dan sihat.
- Tekanan darah tinggi : Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg. Kadar tekanan darah kita adalah terlalu tinggi.
- Tekanan darah rendah: Kurang daripada 130 / 75 mmHg.
- www.myhealth.gov.my.
- Pusat Darah Negara.