-->

Satu Pengalaman : Angioplasty


Tau ker apa tu angioplasty ? Mungkin ramai yang tak tahu apa itu angioplasty kan!

Dari segi bahasanya Angio adalah saluran atau pembuluh darah dan manakala plasty adalah satu proses atau kaedah untuk membaik pulihnya dari tersumbat. Jadi Angioplasty adalah satu kaedah pembedahan bagi membaikpulih pembuluh darah sama ada dengan mengembangkan tip-pembelonan bagi membesarkan saluran darah terbabit atau membina semula atau menggantikan sebahagian darinya.

Kenapa pula kena lakukan angioplasty?

Angioplasty perlu dilakukan apabila seseorang itu telah didapati mengalami saluran darah yang tersumbat akibat timbunan lelemak atau kolesterol. Kaedah ini digunakan bgi membuka semula saluran yang tersumbat dengan mengembangkan belon dibahagian yang terbabit dan jika keadaan agak parah, maka satu kaedah yang dipanggil "stenting" atau kerangka besi yang bertindak sebagai sokongan bagi mengekalkankan saluran darah akan sentiasa terbuka untuk satu jangkamasa tertentu.

angioplasty; ballooning
Belon dikembangkan terlebih
dahulu diikuti dengan besi ersebut

angioplasty; stent
Inilah besi yang dimasukkan
0.4mmx38mm

Sementelah itu, sebenarnya aku telah menjalani angioplasty yang pertama pada 26 Jun, 2009 hasil angiogram
yang dijalankan pada hari yang sama, yang mana di dapati dua saluran arteri tersumbat melebihi 90%. Manakala pada 21 Julai 2009 yang lalu angioplasty yang kedua dilakukan bagi memasukkan stent yang berubat pula sepanjang 38mm.




stenting
beginilah kedudukan besi
tersebut lepas diletakkan
Jadi, apa yang dimaksudkan dengan angioplasti adalah memasukkan kerangka besi yang halus di dalam saluran darah utama yang ke jantung bagi mengatasi saluran yang mengecil. Anioplasti digunakan bagi kes yang tidak memerlukan pembedahan pintas (by-pass) seperti kes cik nyamat. Bagi kes Cik Man, dua (2) jenis stent yang di masukkan iaitu regular atau non-medicated and medicated (berubat) yang mana membolehkan kadar pengumpulan kolesterol lebih lama berbanding non-medicated. Manakala, cara memasukkannya adalah melalui kelengkang sebelah kanan dan satu wayar berkamera beserta belon dan stent dimasukkan sekali, dan bila belon di pamkan, maka stent tersebut akan terbuka, dan tidak boleh mengecut semula, maka terbukalah saluran darah tersebut. Namun, apabila untuk mencabut semula tiub saluran tempa masuk, mak oooi yai, sakitnya tak tertahan..!!

untuk makluman lebih lanjut boleh la tengok video ini, bagaimana angioplasty procedure dilakukan.

No comments:

Post a Comment

please provide your nick while commenting!
Tolong namakan diri anda semasa mengomen !!
TQ